Sejarah Pengklonan

 

 

HOME

           

            Pengklonan merupakan teknik yang dikaji sejak tahun 50-an. Banyak kajian yang telah dijalankan dan melibatkan haiwan-haiwan, seperti biri-biri dan sebagainya. Berikut merupakan sejarah pengklonan dari tahun 1952 hingga 1998 :-

 

(a)                 Pada Tahun 1952, Robert Briggs dan T.J.King dari ‘Institute for Cancer Research’ di Philadelphia mengklonkan 12 berudu yang mempunyai genetic yang serba serupa dengan sel berudu, tetapi mati sebelum mereka menjadi katak dewasa.

(b)                Pada tahun 1962, John Gurdon mencuba prosedur-prosedur yang sama di Cambridge University dengan menggunakan sel daripada katak dewasa, tetapi kesemuanya juga mati.

(c)                 Pada tahun 1981, Pengkaji mengumumkan yang mereka berjaya mengklonkan tikus daripada sel embrio tikus. Walau bagaimanapun, kesemua ini adalah palsu semata-mata.

(d)                Pada tahun 1986, Steen Willadsen di ‘Institute of Animal Physiology’ di England mengklon biri-biri daripada sel embrio yang belum matang. Selepas itu, kajian telah dijalankan ke atas lembu, babi, kambing dan arnab serta kera.

(e)                Pada tahun 1994, Neal First daripada ‘University of Wisconsin’ mengklonkan lembu daripada embrio yang tumbuh sehingga 120 sel. Inilah kali pertama mamalia diklon daripada sel embrio yang banyak.

(f)                   Pada tahun 1996, Roslin Institute di Scotland menghasilkan lima klon biri-biri daripada embrio yang tumbuh dengan kultur di makmal.

(g)                Pada Februari 1997, Roslin Institute telah menghasilkan DOLLY, iaitu mamalia pertama yang diklon daripada sel dewasa.

 

 

                             

 Gambar menunjukkan Dolly bersama ibunya.

 

(h)                 Pada Februari 1997, Oregon Regional Primate Center mengumumkan dua ekor kera yang telah diklonkan daripada satu sel embrio sahaja.

 

 

Dua ekor kera yang dihasilkan daripada satu sel sahaja

 

(i)                   Pada July 1998, Pengkaji dari Jepun mengumumkan yang mereka telah menghasilkan 2 ekor klon lembu dengan menggunakan cara Dolly. Kajian ini masih belum dipastikan oleh pakar-pakar lain.

 

 

 

 

(j)                   Pada July 1998, pengkaji dari University of Hawaii mengumumkan mereka telah menghasilkan lebih daripada 50 klon tikus.

 

 

 

 

Tikus-tikus yang telah diklonkan.

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy