Definisi Pengklonan

 

HOME    >>>)

 

                    Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara ‘cuttage’, ‘grafting’, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu tinggi.

 

               Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya.

 

               Perkataan ‘CLON’ berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan ia akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu.

 

               Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya (*bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat  genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru.

 

               Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak.

 

         Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul ‘The New Book of Knowledge’ mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran ‘Dolly’, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri-biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini.

              

Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukkan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu, dan dikenali sebagai vektor pengklonan.

 

Sifat-sifat Vektor Pengklonan :-

 

(a)                 Selapas menerima DNA asing, masih boleh meneruskan rantai hidup.

(b)                Membolehkan sel bacteria @ sel yis yang mengandungi DNA asing dibezakan daripada sel-sel tanpa DNA asing.

 

Jenis-jenis Vektor Pengklonan :-

(a)                 Plasmid

(b)                Bacteriophage

(c)                 Cosmid

(d)                Kromosom yis tiruan (Yeast  Artificial Chromosomes , YACs)

(e)                Kromosom bacteria tiruan (bacterial Artificial Chromosomes, BACs)

 

             

Saiz pelbagai Vektor Pengklonan DNA yang Masuk :-

 

Vektor

Saiz Kemasukan (kb)

Plasmid

<10kb

Bacteriophage

9-20kb

Cosmid

33-47kb

BACs

75-125kb

YACs

100-1000kb

                       

   

Walaupun organisma yang terhasil daripada pengklonan dikatakan serba serupa dengan induknya, tetapi apabila berlakunya mutasi gen atau pembahagian sel yang tidak sama, ini akan menyebabkan kandungan gen sel-sel anak akan berubah lalu menimbulkan perbezaan antara ciri-ciri sel anak dengan induknya.

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy