Faedah-Faedah Pengklonan

 

 

HOME     >>>)

 

 

                Mengapakah pengklonan penting? Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pengklonan. Antaranya :-

 

            Teknologi yang canggih ini membolehkan klon dapat diperoleh dengan banyak dan cepat tanpa kehilangan ciri-ciri yang dimilikinya. Ini disebabkan setiap klon yang terhasil adalah daripada satu induk sahaja menyebabkan genetik yang dibawanya adalah serba serupa dengan induknya. Dengan ini, ia  akan menyerupai ciri-ciri fizikal induknya.

 

            Selain itu, klon yang biasa dihasilkan adalah bermutu tinggi dan mempunyai ciri-ciri terbaik yang dipilih daripada tumbuhan induk yang paling berkualiti dan daya tahanan yang tinggi terhadap penyakit dan juga serangga perosak. Ini juga membolehkan para sainstist menghasilkan seberapa bilangan tiruan yang sama dari semua aspek dan ini dikenali sebagai pilihan buatan.

 

            Dengan adanya teknik pengklonan, masa yang digunakan untuk menjaga klon-klon yang dihasilkan adalah dipendekkan setelah ia mencapai peringkat dewasa. Klon-klon ini juga cepat tumbuh dan dapat menghasilkan buah yang banyak dalam masa yang singkat berbanding dengan tumbuhan yang ditanam dengan biji benih. Tumbuhan-tumbuhan ini dapat berbuah dengan konsisten pada setiap tahun dan paling istimewa ia dapat berbuah walaupun di luar musimnya. (contohnya, Pokok Durian)

 

            Pengklonan ialah sejenis pembiakan vegetatif, dengan ini, ia tidak memerlukan agen pendebungaan seperti pembiakan seks. Dan ini membolehkannya dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ini telah membantu sesetengah tumbuhan seperti Kepala Sawit yang sukar didebungakan oleh agen pendebungaan tertentu.

            Di samping itu, anak-anak pokok akan menjadi lebih mudah dibiak dan hidup subur di kawasan tertentu. Berikut adalah contoh-contoh tumbuhan yang telah diklonkan di Malaysia :-

 

(a)                 Kepala sawit

(b)                Nanas

(c)                 Durian

 

 

            Pengklonan juga membawa kesan yang penting kepada masyarakat dunia. Ini dapat menambahkan hasil makanan sedunia seiring pertambahan penduduk di dunia. Dengan ini, kita tidak takut tiada makanan pada masa depan.

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy