Jenis-Jenis Kultur Tisu

 

 

 

HOME    NEXT

 

 

            Jenis pengkulturan tisu yang pertama ialah pengkulturan organ, organ-organ yang dimaksudkan ialah organ-organ yang terasing termasuklah kultur daripada hujung akar, hujung batang, promordium daun, bahagian-bahagian bunga dan buah yang belum matang.

 

            Selain itu, terdapat juga pengkulturan embrio di mana ia melibatkan kultur daripada embrio tersisih yang matang atau yang belum matang.

 

            Pengkulturan kalus merupakan salah satu daripadanya di mana tisu tertimbul daripada pembiakan sel daripada segmen-segmen(eksplan) organ tumbuhan secara tidak tersusun. Pengkulturan kalus biasanya tumbuh sebagai kumpulan sel di atas bahantara pepejal.

 

            Akhir sekali pengkulturan ampaian di mana ia mengandungi sel-sel tersisih dan agregat-agregat sel yang sengat keal yang terserok semasa ia tumbuh dalam bahantera cecair yang sentiasa dalam penggoncangan. Ia juga dikenali sebagai pengkulturan sel.

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy