Sejarah Kultur Tisu

 

 

 

HOME   

 

               Kultur tisu adalah penghasilan anak pokok daripada sebahagian kecil daripada tumbuhan atau eksplan, seperti sel untuk dikulturkan dalam medium berzat secara steril atau asepik untuk tumbesaran.

 

               Kaedah kultur tisu tercipta apabila seorang ahli sains bernama Gautheret berjaya menghasilkan tumbuhan dengan menggunakan kepingan  kambium daripada tumbuhan aser pseudoplatanus, iaitu species pokok maple, Sambucus nigra yang sama jenisnya dengan berbuas bukit , dan pokok Willow, iaitu Salix capraea di atas media yang telah dibekukan dengan agar-agar. Beliau telah memperoleh sekumpulan sel yang dikenali kalus daripada tumbuhan tersebut. Namun kultur ini hanya boleh hidup selama 6 bulan sahaja.Dalam masa yang sama, sejenis hormon yang dikenali sebagai Asid Indol Asetik (IAA), telah dijumpai. Pada tahun 1935, seorang ahli sains bernama Snow telah membuktikan bahwa hormon IAA bolehmenberangsangkan aktiviti tisu kambium. Sejak itu Gautherat telah menggunakan IAA untuk menyuburkan kulturnya. Subkultur atau permindahan kultur boleh dilakukan pada masa yang sama tetapi kulturnya hanya boleh hidup selama 18 bulan. Akhirnya pada tahun 1939, kemungkinan untuk menanam tisu tumbuhan untuk masa yang tidak terhad telah dijumapai oleh White Nobecourt dan Gautheret pada masa yang serentak tetapi di tempat yang berlainan. White telah menggunakan tisu daripada sel tumor yang dihasilkan daripada aportan secara hybrid (cantuman) antara Nicotiana glauca dengan Nicotiana Langsdroffii ( dari keluarga tembakau), sementara Nobecount dan Gautheret menggunakan tisu tumbuhan karat.

 

               Dengan penemuan hormon seperti auskin dan kinetin, teknik kultur tisu menjadi lebih berkesan. Objektif kultur tisu yang utama pada masa itu ialah untuk menunjukkan potensi tumbesaran yang tidak terhad. Banyak usaha telah dijalankan untuk menentukan keperluan pemakanan untuk tumbesaran. Kajian seterusnya telah menghasilkan satu tumbuhan yang lengkap dengan pucuk dan akar. Kini, ahli sains telahpun berjaya menghasilkan tumbuhan yang lengkap daripada protoplasma, iaitu sel yang dibuangkan dinding selnya. Protoplasma dapat diinduksikan untuk membentuk tumbuhan lengkap dan juga dicantum dengan species lain yang berkiatan untuk menghasilkan tumbuhan hybrid, di mana ciri-ciri tumbuhan dapat dipilih mengikut kehendak.

 

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy