APLIKASI MITOSIS DALAM PERTANIAN

 

HOME     NEXT

Kultur Tisu :-

 

(a)                 Kultur tisu merupakan salah satu teknik pemniakan mikra yang melibatkan cebisan tisu yang kecil daripada haiwan ataupun tumbuhan dan diletakkan di medium yang sesuai dan steril bagi pertumbuhan di luar organisma induk.

 

(b)                 Semasa berada dalam medium ini, sel-sel akan membahagi seara mitosis dan menyebabkan saiz dan bilangan sel akan bertambah dan juga membeza menjadi sel-sel yang mempunyai fungsi tertentu.

 

(c)                 Kultur tisu digunakan dalam :-

@            Mengkaji kanser daripada haiwan dan tumbuhan.

@            Mengkaji jangkitan virus pada sel.

@            Tindak balas biokimia dalam haiwan.

@            Tindak balas sel terhadap dadah.

 

(d)                 Selain itu, ia juga digunakan dalam penghasilan hormon dan menentukan kesesuaian antara bakal penderma dan penerima dalam kes pemindahan tisu.

 

(e)                 Di Malaysia, ia digunakan secara meluas dalam pembiakan orkid. Ia merupakan teknik yang lebih popular dan berpotensi jika dibandingkan dengan pembiakan menggunakan bebawang palsu, keratan atau biji benih kerana dapat menghasilkan banyak pokok dalam masa yang singkat.

 

 

(f)                   Umumnya, hujung pucuk orkid yang masih muda digunakan kerana mempunyai sel-sel yang giat membahagi dan dikenali sebagai tisu meristem.

 

(g)                 Tisu ini dipotong daripada tumbuhan induk dan digunakan untuk kultur tisu yang dipanggil eksplan.

 

(h)                 Oleh sebab kebersihan sangat penting dalam menentukan kerjayaan kultur tisu, maka semua peralatan yang digunakan meatilah dibasmi kuman.

 

(i)                   Rajah di bawah menunjukkan cara-cara pembiakan orkid :-

 

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy