Definisi Kultur Tisu

 

 

 

 

HOME    NEXT

 

 

Paulownia

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Paulownia in culture: Left - Multiplication Phase; Right - Pre-Planting-Out Stage

 

 

 

 

            Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dalam pelbagai sektor, sama ada dalam bidang pertanian atau perindustrian. Peningkatan populasi di negara kita menyebabkan permintaan yang tinggi dalam semua barangan. Untuk memenuhi permintaan-permintaan ini, pelbagai teknologi dicipta dan dikembangkan untuk tujuan ini. Semua usaha ini tidak pernah diberhentikan and sentiasa berkembang.

 

            Dalam bidang pertanian pula, pelbagai penemuan telah dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu keluaran. Banyak kajian yang telah dijalankan dan hasilnya terjumpalah salah satu kaedah yang paling produktif dan cekap dalam sektor ini, iaitu melalui kaedah kultur tisu.

 

            Sebenarnya, kaedah ini telah ditemui sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi apa yang dibanggakan ialah penemuan tentang kaedah kultur tisu yang terbaru, iaitu melalui balang kaca. Penemuan ini berjaya dilakukan oleh seorng sainstist negara yang bernama Prof. Madya Dr. Rosna Mat Taha yang menjalankan kajiannya di Universiti Malaya.

 

            Apakah sebenarnya kultur tisu? Ramai yang masih tidak faham bahawa selain mendapat tumbuhan daripada bernih, terdapat cara lain yang dapat menghasilkan tumbuhan yang bermutu tinggi dengan efektif dan berkesan, iaitu melalui kaedah kultur tisu.

 

            Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji.

 

Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bungadan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku.

 

            Dua keperluan yang sangat penting demi menunjukkan sifat tolipotannya dengan sempurna, iaitu  :-

 

(a)                 Sel itu mesti tidak mempunyai perhubungan organik dengan sel-sel yang lain

(b)                Sel yang terasing itu mesti dilengkapkan dengan bahantera yang boleh memupuk pertumbuhannya.

 

Kalus – Suatu kumpulan sel parenkima yang tidak mengalami perbezaan proses organogensis atau embriogensis.

(1)                              Proses organogensis -- Suatu proses pembentukan organ daripada kultur kalus atau kultur ampaian.

(2)                              Proses embriogensis – Pembentukan embrio @ anak tumbuhan dengan cara tumbesaran yang hampir merupai pembentukan embrio biasa, iaitu daripada ovum yang sudah disenyawakan.

 

 

Had-had aplikasi kultur tisu dalam pertanian

Ø      Tidak semua jenis sel atau tisu boleh dikulturkan.

Ø      Penyediaan medium harus dijalankan dengan teliti bergantung kepada keperluan tumbuhan terhadap ramuan untuk menghasilkan kalus dan  organagenesia.

Ø      Pensterilan yang sempurna harus dijalankan ke atas sel dan medium yang digunakan untuk menggelakkan pertumbuhan mikroorganisma.

Ø      Pengkulturan tisu boleh mengalami perubahan atau perkembangan di luar jangkaan dan berlain daripada keadaan asalnya.

 

 

 

Specially design by : Andy Boo Yang Liang©™

Copyright @ 2000 Andy